comscore
Tumpuan :
Dunia

Elak tragedi berdarah Itaewon berulang, polis Jepun perkukuh kawalan di persimpangan Shibuya

FOTO: Wataru Sekita/Asahi Shimbun

TOKYO: Anggota polis dilihat memperkukuhkan kawalan keselamatan di persimpangan Shibuya yang terkenal di Tokyo pada petang semalam tatkala orang ramai dijangka berkumpul untuk sambutan Halloween.

Anggota polis bertugas dilihat menguruskan aliran pergerakan orang ramai yang melintas di persimpangan itu sambil memberikan amaran kepada pejalan kaki supaya berhati-hati dengan menggunakan pembesar suara.

Media Jepun melaporkan, Jabatan Polis Metropolitan telah memperkukuh kawalan keselamatan di Shibuya berikutan tragedi berdarah yang berlaku di Itaewon, Korea Selatan meragut lebih 150 nyawa pada Sabtu lalu.

Bencana itu dikatakan tertumpu di lorong sempit dan bercerun di kawasan kejiranan Itaewon di Seoul, sebuah daerah hiburan malam yang popular.

Sementara itu saksi dan mangsa yang terselamat mengimbas kembali suasana huru-hara itu “seperti neraka” dengan orang ramai bertembung antara satu sama lain seperti domino.

Dalam pada itu, penduduk Tokyo yang turut menyambut perayaan Halloween menyatakan rasa terkejut mereka dengan apa yang berlaku di Seoul. – AP

Loading...
Terkini