comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Elon Musk catat rekod Guinness, individu paling rugi

 

AMERIKA SYARIKAT: Ketua pegawai eksekutif Tesla, Elon Musk yang sebelum ini dinobatkan sebagai individu terkaya dunia telah memecahkan rekod Guinness setelah mencatatkan kerugian persendirian paling banyak dalam sejarah.

Menurut Forbes, Musk dilaporkan kehilangan lebih A$182 bilion sejak November 2021 namun ada sumber lain mengatakan beliau sebenarnya kerugian sehingga A$200 bilion.

FOTO: GETTY IMAGES

Prestasi pasaran Tesla yang suram adalah penyebab utama kerugian Musk, berikutan hartawan itu melaburkan hampir kesemua wangnya dalam syarikat terbabit.

Meskipun Musk kehilangan satu jumlah yang sangat besar, beliau masih merupakan individu kedua terkaya di dunia.

Rekod individu paling rugi sebelum ini dipegang jutawan teknologi warga Korea-Jepun, Masayoshi Son yang kehilangan sekitar A$60 bilion pada tahun 2000, sewaktu era kejatuhan laman sesawang Dotcom.

Loading...
Terkini