comscore
Tumpuan :
Dunia

Elon Musk setuju letak jawatan CEO Twitter

FOTO: PA Images

AMERIKA SYARIKAT: Elon Musk akhirnya mengumumkan bakal meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Twitter sebaik syarikat itu menemui penggantinya.

Perkara itu dimaklumkan Musk menerusi ‘tweet’ selepas undian yang dijalankan mendapati lebih 10 juta pengguna mahu beliau meletak jawatan sebagai CEO syarikat digital itu.

Keputusan itu diambil setelah Musk sebelum ini berjanji akan mengotakan janji, menurut apa sahaja keputusan yang diputuskan pengguna.

Undian Twitter menunjukkan 57% bersetuju untuk dia meletak jawatan.

Musk menerima banyak kritikan sejak dia mengambil alih Twitter, antaranya dengan memperkenalkan Twitter Blue.

Ciri itu sebelum ini hanya diperoleh organisasi awam, institusi pendidikan, syarikat korporat, selebriti, tokoh terkemuka dan figura awam hanya selepas identiti mereka disahkan.

Namun, Twitter Blue membenarkan sesiapa sahaja memperoleh ‘blue tick’ dengan bayaran A$8 sebulan.

Pelaksanaan itu mencetuskan kacau-bilau di serata dunia apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyamar menjadi syarikat, tokoh terkemuka termasuk Musk sendiri dan bertindak memuat naik kenyataan palsu.

Loading...
Terkini