comscore
Tumpuan :
Dunia

 Empat korban baharu gempa bumi Cianjur ditemui

FOTO: BNPB INDONESIA

JAWA BARAT, Indonesia: Angka korban gempa bumi Cianjur meningkat kepada 327 orang dengan empat penemuan mayat baharu dilaporkan.

Jumlah mangsa yang hilang pula meningkat kepada 13 orang selepas kehilangan lapan lagi mangsa difailkan oleh ketua kampung di Cijedil dan Mangunkarta

Menurut laporan Badan Bencana Indonesia, BNPB, 68 penduduk masih dirawat di hospital manakala 40 yang lain sudah dibenarkan pulang.

Setakat jam 3 petang semalam, jumlah penduduk yang berpindah lebih 108,000 orang dengan hampir 56,000 daripadanya adalah wanita.

Penduduk juga diingatkan hanya kembali menetap di rumah masing-masing jika ia didapati tidak mengalami kerosakan teruk.

Usaha menyalurkan bantuan juga diteruskan kepada penduduk. Ini termasuk sumbangan air bersih, makanan serta selimut.

Selain BNPB, masih kekal di lokasi bagi membantu penduduk terjejas pelbagai agensi kerajaan dan sukarelawan . – SUMBER BNPB INDONESIA

Loading...
Terkini