Tumpuan :
Dunia

Empat korban letupan tangki gas

Keadaan kenderaan hangus terbakar susulan letupan tangki gas di bandar Jaipur, India Barat. – FOTO: Reuters

JAIPUR: Sekurang-kurangnya empat terkorban sementara puluhan lagi cedera susulan letupan tangki gas di bandar Jaipur, India Barat.

Api marak dengan cepat menyebabkan mangsa terlibat tidak sempat diselamatkan.

Anggota bomba dilihat bekerja memadamkan api daripada kenderaan yang terbakar.

Manakala mayat-mayat dikeluarkan dari kenderaan yang remuk dan hangus.

Laporan awal mendapati, letupan yang berlaku pada awal pagi tadi itu dipercayai berpunca daripada sebuah trak merempuh tangki gas berkenaan.

Menurut saksi kejadian, Mukesh Saini, dia mendengar letupan kuat dan api mula merebak dengan cepat.

“Terdapat awan asap yang naik dan kenderaan terus bertembung antara satu sama lain.

“Saya melihat mangsa dengan pakaian terbakar, dan saya menyelamatkan sekurang-kurangnya dua atau tiga orang dan membawa mereka ke ambulans.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini