comscore
Tumpuan :
Dunia

Empat maut & puluhan cedera, angka korban nahas kereta api dikhuatiri meningkat

FOTO: Reuters

PARDUBICE: Empat maut dan puluhan lagi cedera apabila sebuah kereta api ekspres merempuh sebuah kereta api barang di Pardubice, Republik Czech.

Kemalangan berlaku berhampiran stesen kereta api utama di Pardubice, kira-kira 100 kilometer timur ibu negara, Prague.

Jurucakap pengendali kereta api mengesahkan empat nyawa terkorban dan angka itu mungkin meningkat.

FOTO: Reuters

Sehingga kini operasi mencari dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam pengangkutan itu masih dijalankan.

Mengikut data, kira-kira 200 penumpang menaiki kereta api ekspres itu, dalam perjalanan dari Prague ke bandar Kosice di timur Slovak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini