comscore
Tumpuan :
Dunia

Empat parti pembangkang Singapura bentuk perikatan hadapi PRU

Foto hiasan

SINGAPURA: Empat parti pembangkang di Singapura bersetuju membentuk pakatan dikenali sebagai Perikatan Rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut peguam dan ahli politik, Lim Tean empat parti itu terdiri daripada Peoples Voice, Reform Party, People’s Power Party dan Democratic Progressive Party.

PRU akan datang mesti diadakan menjelang 2025.

Memetik laporan CNA, Tean yang juga ketua Peoples Voice berkata pembentukan pakatan itu dibincangkan antara empat parti sejak Januari lalu.

Katanya, masa untuk bercakap mengenai perpaduan pembangkang tanpa pembentukan pakatan sudah lama berlalu.

“Perikatan akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi parti masing-masing pada PRU 2020 dan banyak lagi untuk PRU akan datang,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata keempat-empat parti itu bersetuju mengenai isu paling kritikal yang menjejaskan kemakmuran rakyat dan negara dalam dekad akan datang.

“Kita sudah bersedia dengan manifesto untuk Pilihan Raya Umum kali ini,” katanya.

Beliau berkata empat parti itu telah mengambil langkah mendaftarkan perikatan dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan.

Sidang media dan pelancaran rasmi Perikatan Rakyat akan diadakan selepas pendaftaran diluluskan.

Loading...
Terkini