comscore
Tumpuan :
Dunia

Empat pelajar cedera dalam tembakan rambang di sekolah

AMERIKA SYARIKAT: Sekurang-kurangnya empat pelajar cedera dalam tembakan rambang di Sekolah Menengah Benjamin E.Mays, Atlanta.

Serangan itu dilaporkan berlaku di lot parkir kereta sekolah berkenaan.

Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital dan kini berada dalam keadaan stabil.

Pada masa sama, seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan serangan terbabit.

Keganasan di Atlanta berlaku pada hari yang sama serangan berlaku di Kansas City sewaktu perarakan sambutan Super Bowl yang meragut satu nyawa dan mencederakan 15 yang lain.

Untuk rekod, sudah berlaku 48 kejadian tembakan rambang pada tahun 2024 dengan menyaksikan secara purata sekurang-kurangnya empat mangsa ditembak dalam satu kejadian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini