comscore
Tumpuan :
Dunia

EU siasat YouTube & TikTok berkaitan keselamatan kanak-kanak

Foto: Reuters

BRUSSELS: YouTube dan TikTok disiasat oleh Kesatuan Eropah (EU) bagi mengetahui tindakan yang diambil oleh platform milik Amerika Syarikat (AS) dan China itu memberi jaminan keselamatan kanak-kanak di bawah umur di kedua-dua platform terbabit.

EU mendakwa, pihaknya menghantar permohonan rasmi untuk maklumat masing-masing kepada Tiktok dan YouTube.

Perkara itu antara langkah pertama dalam prosedur yang dilancarkan di bawah undang-undang baharu EU mengenai kandungan digital.

Menurut bahagian eksekutif EU, pihaknya mahu mengetahui langkah yang diambil oleh dua platform perkongsian video berkenaan dalam mematuhi Akta Perkhidmatan Digital (DSA) terutama mengenai risiko yang membabitkan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak.

DSA adalah sebahagian daripada gudang senjata kuat EU untuk membawa teknologi canggih dan menuntut platform digital melakukan lebih banyak lagi bagi mencegah penyebaran kandungan yang menyalahi undang-undang dan berbahaya serta maklumat yang salah.

Susulan itu, kedua-dua syarikat perlu memberi maklum balas terhadap perkara berkenaan selewat-lewatnya pada 30 November ini.

Penguat kuasa teknologi tinggi EU, Thierry Breton, berkata perlindungan kanak-kanak akan menjadi keutamaan penguatkuasaan bagi DSA.

Undang-undang juga mengharamkan pengiklanan yang disasarkan kepada kanak-kanak bawah umur 17 tahun.

Loading...
Terkini