comscore
Tumpuan :
Dunia

Fiji dilanda gempa bumi dengan magnitud 6.9

Foto Hiasan

SUVA: Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter melanda luar pesisir pantai Fiji, kata Juru Ukur Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Pusat gegaran dikesan kira-kira 399 kilometer ke arah barat-barat laut Suva, pada kedalaman 587.2 km, lapor USGS hari ini.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini oleh sistem amaran tsunami AS. – REUTERS

Loading...
Terkini