comscore
Tumpuan :
Dunia

Filipina kurangkan sasaran KDNK kepada 6 ke 7 peratus tahun ini

 

FOTO: Reuters

MANILA: Filipina menurunkan sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada enam hingga tujuh peratus daripada 6.5 hingga 7.5 peratus untuk tahun ini, kata Setiausaha Pihak Berkuasa Pembangunan dan Ekonomi Nasional (NEDA) Arsenio Balisacan, lapor Xinhua.

Balisacan memberitahu satu sidang media penurunan sasaran itu mengambil kira kelembapan ekonomi global, kenaikan harga minyak dan trend inflasi dan faedah seluruh dunia, terutamanya di Amerika Syarikat.

Sementara itu, sasaran pertumbuhan kerajaan untuk 2025 juga diturunkan kepada 6.5 hingga 7.5 peratus daripada 6.5 hingga lapan peratus.

“Perubahan iklim dan bencana alam ekstrem, seperti El Nino akan terus memberikan risiko kepada keterjaminan makanan dan kestabilan harga makanan, Balisacan berkata permintaan luar dan rantaian bekalan boleh terjejas oleh kelembapan ekonomi dunia dan ketegangan geopolitik dan perdagangan.

Ketua NEDA itu optimis asas makro ekonomi yang teguh negara ini akan menyokong trajektori pertumbuhan baharu.

Filipina mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.6 peratus dalam 2023, di bawah sasaran kerajaan, iaitu enam hingga tujuh peratus. Bank Pembangunan Asia meramalkan pertumbuhan KDNK negara itu pada 6.2 peratus tahun ini. – BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini