BANDAR SERI BEGAWAN: Lima syarikat tempatan di Brunei didenda penguat kuasa undang-undang kerana pelupusan sisa secara haram, lapor media tempatan pada Selasa, menurut Xinhua.
Pegawai penguat kuasa undang-undang daripada Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan Pejabat Daerah Brunei-Muara menjalankan operasi baru-baru ini, dan syarikat itu masing-masing didenda 2,000 dolar Brunei (US$1,515), manakala satu lagi syarikat dikenakan denda 1,000 dolar Brunei (US$757).
Brunei, sebuah negara di Asia Tenggara yang terletak di bahagian utara Pulau Borneo, dengan populasi seramai 340,000 orang. Kerajaan Brunei memberi keutamaan terhadap perlindungan alam sekitar dan menggubal undang-undang perlindungan alam sekitar yang ketat. – BERNAMA-XINHUA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.