comscore
Tumpuan :
Dunia

Franz Beckenbauer meninggal dunia pada usia 78 tahun

Franz Beckenbauer. – FOTO: Reuters

BERLIN: Dunia kehilangan legenda bolasepak Franz Beckenbauer yang meninggal dunia pada usia 78 tahun, demikian kata persatuan Bola Sepak Jerman, pada Isnin.

“Franz Beckenbauer sememangnya pemain bola sepak Jerman terbesar sepanjang zaman, dan lebih-lebih lagi beliau seorang lelaki terhebat yang saya kenali,” kata naib presiden DFB Hans-Joachim Watzke.

Beckenbauer, seorang daripada tiga lelaki yang memenangi Piala Dunia sebagai pemain dan jurulatih, meninggal dunia pada Ahad, kata DFB.

Penghormatan diberikan kepada ikon bola sepak itu, dengan Canselor Olaf Scholz dan bekas kapten Jerman Lothar Matthaeus sama-sama berkata “kami akan merinduinya.”

UEFA memuji Beckenbauer sebagai, seorang anak lelaki terhebat bola sepak Eropah, yang membentuk bola sepak Jerman tidak seperti yang lain.

Manakala Liga Perdana Inggeris menyifatkan beliau sebagai ‘pemain bola sepak paling hebat yang memenangi semuanya dengan anggun dan pesona.’

Presiden FIFA Gianni Infantino di Instagram menggelar Beckenbauer sebagai “legenda sejati”, sambil berkata ‘kami tidak akan melupakanmu Franz yang dikasihi, terima kasih untuk segala-galanya’.

Pada hari lahirnya yang ke-75, Beckenbauer memberitahu tabloid Jerman Bild dia sentiasa berdoa.

“Ia adalah doa terima kasih,” kolumnis Bild yang kerap berkata “terima kasih atas kehidupan yang indah yang saya dapat jalani.”

Bekas kapten pasukan Jerman pada tahun 1970-an, Beckenbauer mengalami masalah kesihatan dan kebanyakannya hidup diketepikan daripada pandangan umum di Salzburg di Austria, di seberang sempadan dengan Jerman.

Dikenali di Jerman yang gila bola sepak sebagai “Kaiser” yang bermaksud “Maharaja”, Beckenbauer memainkan peranan penting dalam beberapa pencapaian sukan terbesar negara itu, tetapi legasinya kemudian dicemari oleh pembabitannya dalam skandal yang menyelubungi kejayaan Jerman untuk menjadi tuan rumah pada 2006 Piala Dunia. – AGENSI

Loading...
Terkini