comscore
Tumpuan :
Dunia

Gangguan dan ancaman bunuh terhadap wartawan di Hong Kong

HONG KONG: Persatuan Wartawan Hong Kong mendakwa puluhan wartawan berdepan gangguan dan ancaman bunuh.

Situasi itu berlarutan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Pengerusi Persatuan Wartawan Hong Kong, Selina Cheng berkata ahli jawatankuasa eksekutifnya termasuk 13 media antarabangsa dan tempatan serta dua institusi pendidikan menjadi sasaran ugutan.

Mangsa diugut dengan kebocoran data peribadi, penyebaran kandungan palsu dan fitnah.

Ia dihantar menerusi surat atau e-mel yang turut diterima ahli keluarga wartawan itu.

Cheng menegaskan bahawa ancaman sedemikian nyata merosakkan kebebasan media di Hong Kong. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini