comscore
Tumpuan :
Dunia

Gelombang protest tuntut keadilan kes rogol bunuh doktor pelatih

Foto: Reuters

KOLKATA: Ribuan anggota diaspora India mengadakan protes di lebih 130 bandar di 25 negara.

Mereka menuntut keadilan rentetan kes rogol dan bunuh seorang doktor pelatih di sebuah hospital di bandar Kolkata bulan lalu.

Menurut penganjur, demonstrasi bermula dengan kumpulan besar dan kecil di Jepun, Australia, Taiwan, serta Singapura, sebelum merebak ke bandar besar di beberapa negara Eropah.

Protes ini turut meningkatkan gelombang demonstrasi yang masih berlangsung di seluruh India susulan kes itu.

Setakat ini, polis menahan seorang suspek dan bekas pengetua Kolej Perubatan RG Kar, tempat mangsa menuntut.

Mahkamah Agung India menetapkan perbicaraan seterusnya bagi kes pelatih malang itu pada Isnin.

India memperkenalkan undang-undang tegas berkaitan rogol selepas kes rogol berkumpulan dan pembunuhan kejam seorang pelajar berusia 23 tahun di dalam bas bergerak di New Delhi pada tahun 2012.

Namun aktivis menegaskan, kes Kolkata ini menunjukkan bagaimana wanita masih terus menderita akibat keganasan seksual.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini