comscore
Tumpuan :
Dunia

Gempa 6.2 magnitud landa Pulau Jawa, Bali

Foto hiasan

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud melanda kedua-dua Pulau Jawa dan Bali, hari ini, menurut agensi geofizik Indonesia.

Agensi itu memaklumkan gempa bumi berlaku di luar pantai selatan wilayah Jawa Timur, pada kedalaman 10 kilometer (km), serta 305km barat daya Denpasar, Bali, namun dijangka tidak mencetuskan tsunami.

Pihak berkuasa tempatan sedang melakukan pemeriksaan bagi mengenal pasti sebarang kerosakan akibat gempa itu.

Menurut penduduk dalam hantaran melalui media sosial, gegaran kuat dapat dirasai di kedua-dua lokasi terbabit. – REUTERS

Loading...
Terkini