comscore
Tumpuan :
Dunia

Gempa bumi 6.0 magnitud landa selatan Filipina

 

DAVAO: Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud dilaporkan melanda selatan Filipina, petang tadi waktu tempatan.

Menurut Pemantau Geologikal Amerika Syarikat, USGS, amaran gegaran susulan dan kemusnahan turut dikeluarkan dalam tempoh sama.

Gempa terbabit dikesan pada kedalaman cetek, 8 kilometer di wilayah pergunungan Davao de Oro yang terletak tidak jauh dari perbandaran Maragusan.

Setakat ini, belum ada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa berkenaan. – AFP

Loading...
Terkini