comscore
Tumpuan :
Dunia

Gempa bumi 6.3 magnitud di Colombia ragut nyawa penduduk

Foto : Reuters

COLOMBIA: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dalam gempa bumi kuat 6.3 magnitud yang melanda Bogota.

Gempa dikesan kira-kira 18 kilometer dari daerah Restrepo pada kedalaman 10 kilometer.

Beberapa gempa susulan direkodkan dengan kekuatan mencecah 5.6 magnitud.

Gegaran kuat menyebabkan penduduk ketakutan dan berlari menyelamatkan diri ke luar bangunan.

Menurut Datuk Bandar Bogota, Claudia Lopez, mangsa yang maut adalah seorang wanita yang terjatuh dari tingkapnya.

Juga terdapat laporan kejadian tanah runtuh di Villavicencio.

Sebuah hospital di daerah sama juga terpaksa memindahkan pesakitnya ke luar bangunan sebagai langkah berjaga-jaga.

Penelitian impak gempa ke atas kawasan sekitar juga sedang dilakukan pihak berwajib.

Loading...
Terkini