comscore
Tumpuan :
Dunia

Gempa bumi 7.1 magnitud landa laut di Tonga, amaran tsunami dikeluarkan

Foto hiasan

SYDNEY: Gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud melanda laut di Tonga, hari ini, menurut agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan.

USGS memaklumkan, gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) di kira-kira 200km tenggara bandar Neiafu.

“Gelombang tsunami berbahaya mungkin melanda pantai terletak dalam lingkungan 300km dari pusat gempa,” kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik. – AFP

Loading...
Terkini