comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Gempa bumi 7.5 magnitud gegar Jepun, amaran tsunami dikeluarkan

 

TOKYO: Agensi Meteorologi Jepun (JMA) telah mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa bumi 7.5 magnitud melanda barat Jepun.

Gempa itu berlaku pada pukul 4:10 petang waktu tempatan di Noto, Wilayah Ishikawa dan amaran tsunami diaktifkan di beberapa lokasi; Ishikawa, Niigata, Toyama, Yamagata, Fukui dan Hyogo di sepanjang pantai Laut Jepun.

Foto: NHK WORLD News / Twitter

Tsunami kira-kira setinggi 1 meter melanda sebahagian pantai sepanjang Laut Jepun dengan gelombang yang lebih besar dijangka, lapor penyiar NHK Jepun.

Hokuriku Electric Power sedang memeriksa sebarang ketidaknormalan di loji kuasa nuklearnya.

Jurucakap Kansai Electric Power pula berkata tidak ada ketidaknormalan pada loji kuasa nuklearnya pada masa ini, tetapi syarikat sedang memantau situasi dengan rapat.

Loading...
Terkini