comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Gempa bumi bermagnitud 5.6 gegar barat Indonesia

Foto hiasan

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda wilayah barat Sumatera Barat di Indonesia pada Khamis, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu BMKG.

Gegaran berlaku pada 06.05 pagi waktu tempatan Khamis (2306 GMT Rabu) dengan pusat gempa terletak di 36 km tenggara daerah Pesisir Selatan (Pantai Selatan) pada kedalaman 82 km, lapor Xinhua.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gegaran turut dirasai di wilayah Jambi. – BERNAMA

Loading...
Terkini