comscore
Tumpuan :
Dunia

Gempa bumi Cianjur: Angka korban meningkat kepada 310 orang

Mayat mangsa kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun ditemui di Cugenang – Foto REUTERS

CIANJUR: Angka korban mangsa gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, Indonesia terus meningkat kepada 310 dengan 24 orang lagi masih hilang.

Perkembangan itu disahkan oleh Ketua Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan Indonesia, Suharyanto.

Terbaharu, operasi mencari dan menyelamat, SAR di Cugenang menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang tertimbus di bawah tiga lapisan konkrit.

Kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Cika, dikebumikan dalam tempoh sejam selepas ditemui pasukan kecemasan.

Menurut media tempatan, gempa yang berlaku Isnin lalu meragut ratusan nyawa disebabkan pusat gempa terbabit terletak di kawasan berkepadatan tinggi dan hanya berkedalaman 10 kilometer sahaja.

Loading...
Terkini