
ECUADOR: Sekurang-kurangnya 13 terbunuh dalam gempa bumi kuat 6.8 skala richter yang melanda Ecuador.
Satu lagi kematian membabitkan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dicatatkan di negara jiran Peru.
Gempa dikesan kira-kira 80 kilometer di selatan Guayaquil pada kedalaman 66 kilometer
Gegaran kuat dapat dirasai sehingga ke Quito, Manabi dan Manta.
Wilayah El Oro paling teruk terjejas dengan kerosakan bangunan serta kenderaan penduduk
Juga terdapat laporan jalan raya terputus hubungan susulan runtuhan tanah.
Usaha mencari mangsa terperangkap sedang giat dijalankan pasukan penyelamat.
Dalam pada itu, President Guillermo Lasso menggesa penduduk agar tenang sementara penelitian jumlah kerosakan dijalankan pihak berkuasa.