comscore
Tumpuan :
Dunia

Gempa bumi kuat landa Maluku, Indonesia

JAKARTA: Gempa bumi magnitud 6.0 menggegarkan wilayah Maluku di timur Indonesia pada pagi Ahad, tetapi tidak mencetuskan tsunami, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu.

Gegaran berlaku jam 7.25 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa terletak di 154 kilometer (km) barat laut daerah Kepulauan Tanimbar (Maluku Tenggara Barat) dan kedalaman 153 km di bawah dasar laut, lapor Xinhua memetik agensi itu.

Gempa bumi itu tidak berpotensi mencetuskan ombak besar. – BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini