
MANILA: Gempa bumi bermagnitud 5.8 melanda luar pesisir tengah Filipina, hari ini, menyebabkan kerosakan pada bangunan dan jalan berhampiran pusat gempa.
Menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS), gegaran yang pada awalnya dilaporkan pada magnitud 5.9, berlaku pada kedalaman 14 kilometer di luar bandar San Francisco, wilayah Leyte.
PHIVOLCS turut merekodkan sekurang-kurangnya 45 gegaran susulan daripada gempa berkenaan.
Polis tempatan berkata gempa bumi itu berlaku dalam tempoh singkat tetapi kuat.
Tiada kecederaan dilaporkan.
Sekurang-kurangnya 18 rumah dan bangunan kerajaan mengalami kerosakan.
Sebuah lebuh raya turut dilaporkan mengalami keretakan akibat gegaran tetapi masih boleh digunakan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.