comscore
Tumpuan :
Dunia

Gempa bumi magnitud 5.9 landa luar pantai Jepun

Foto hiasan.

MOSCOW : Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud dikesan di luar pantai Jepun pada Jumaat, menurut data Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC).

Menurut Sputnik, gegaran bawah tanah itu berlaku pada jam 8.56 malam UTC (20:56 GMT) 102 kilometer timur laut bandar Iwaki, Prefektur Fukushima, dengan pusat gempa pada kedalaman 54 kilometer.

Gempa bumi melebihi magnitud 5 dianggap sebagai “sederhana” tetapi mampu menyebabkan kerosakan pada bangunan yang dibina dengan buruk.

Tiada maklumat segera mengenai kemungkinan kematian atau kemusnahan. – BERNAMA

Loading...
Terkini