comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Gempa Bumi: Turkiye isytihar berkabung 7 hari

 

ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan tempoh berkabung selama tujuh hari susulan gempa bumi terburuk yang mencatat kemusnahan besar di negara itu.

Menurut Erdogan, bendera Turkiye akan dikibarkan separuh tiang sehingga matahari terbenam pada Ahad, 12 Februari 2023, di semua perwakilan negara dan negara asing.

Setakat ini, jumlah kematian di Turkiye meningkat kepada 2,379 dengan angka terkini dari Syria berjumlah 1,444.

Itu menjadikan jumlah kematian keseluruhan setakat ini kepada lebih 3,823.

Ribuan lagi mangsa cedera, dan usaha pemulihan masih belum selesai.

Angka kematian dijangka meningkat dengan ketara.

Gempa bumi 7.8 awal pagi semalam menggegarkan Kahramanmaras dan beberapa wilayah kejiranan termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis. – AGENSI

Loading...
Terkini