comscore
Tumpuan :
Dunia

Gempa Jepun: Angka kematian meningkat 62 orang setakat pagi Rabu waktu tempatan

Keadaan jalan yang mengalami rekahan akibat kejadian gempa bumi kuat dengan skala ritcher 7.6 magnitud melanda wilayah tengah Jepun, Ishikawa. – FOTO: Reuters

TOKYO: Angka kematian akibat gempa bumi yang melanda wilayah Ishikawa di pulau utama Honshu, Jepun pada Isnin kini meningkat kepada 62 orang setakat pagi Rabu waktu tempatan.

Memetik laporan agensi antarabangsa, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat dalam runtuhan di sekitar kawasan terkesan.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) turut memaklumkan, beberapa siri gempa bumi kuat melanda Semenanjung Noto pada pagi Rabu waktu tempatan dengan kedalaman 10 km.

Gempa susulan itu menyukarkan kerja-kerja penyelamat dilakukan pasukan menyelamat di sekitar wilayah itu.

JMA turut memberi amaran gegaran susulan yang kuat mungkin akan melanda di wilayah itu dalam tempoh terdekat.

Kira-kira seribu pasukan penyelamat dikerahkan ke kawasan terjejas bagi misi mencari dan menyelamat mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan.

Gempa bumi berukuran 7.6 magnitud yang melanda wilayah berkenaan mencetuskan gelombang tsunami setinggi lebih satu meter dengan hampir 45,000 isi rumah terputus bekalan elektrik.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini