comscore
Tumpuan :
Dunia

Gempa kuat bermagnitud 6.3 di Kepulauan Tonga

Gempa bumi itu dikesan pada 752 km timur dari Laucala, Fiji. FOTO Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS)

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan berlaku di Kepulauan Tonga, 4.47 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pusat gempa itu, terletak 19.5 darjah selatan dan 174.5 darjah barat dengan kedalaman 138 kilometer (km) iaitu 752 km timur dari Laucala, Fiji.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Tiada laporan segera mengenai kerosakan di Tonga kerana ia melanda berhampiran pulau Kao dan Tofua yang kurang berpenduduk, manakala Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, tiada ancaman tsunami daripada gempa bumi ini.

Gempa bumi adalah perkara biasa di Tonga, sebuah kepulauan rendah yang menempatkan kira-kira 100,000 penduduk yang merentasi Lingkaran Api seismik.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini