comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Gempa Maghribi: Jumlah korban melonjak melepasi 2,000 orang

MARRAKESH: Angka korban gempa bumi kuat di Maghribi melonjak melepasi 2,000 orang berbanding 600 orang yang dicatatkan petang semalam.

Kebanyakan korban dicatatkan di kawasan pergunungan di selatan Al-Haouz dan wilayah Taroudant.

FOTO: REUTERS

Lebih 2,000 orang lagi cedera dengan 300,000 ribu penduduk terjejas di Marrakesh dan kawasan sekitarnya.

Susulan itu, tempoh berkabung diisytihar selama tiga hari bermula semalam.

Raja Maghribi, Raja Mohammed VI dalam pada itu mengarahkan pasukan tentera menjalankan operasi khas bagi mencari mangsa yang terperangkap serta penubuhan hospital di lapangan.

FOTO: REUTERS

Bantuan barangan keperluan asas termasuk makanan, minuman dan khemah turut dihulurkan kepada penduduk.

Sebuah perkampungan di Tafeghaghte dilaporkan ranap sepenuhnya dengan kebanyakan bangunan dibina berasaskan tanah liat.

Marrakesh bandar paling hampir dengan pusat gempa juga mengalami kerosakan teruk.

Ramai penduduk bermalam di luar rumah masing-masing kerana bimbang berlaku runtuhan susulan ekoran struktur bangunan yang kurang stabil.

FOTO: REUTERS

Turut mengalami kerosakan bangunan ikonik Masjid Koutoubia yang dibina pada abad ke-12.

Gegaran kuat akibat gempa 6.8 magnitud semalam turut dirasai sehingga ke selatan Sepanyol – AL JAZEERA

Loading...
Terkini