comscore
Tumpuan :
Dunia

Glasier Marmolada hilang 10 cm sehari

FOTO: Reuters

ROM: Glasier Marmolada yang terbesar di Dolomites, sedang mengalami pencairan ketara akibat peningkatan suhu purata dan berkemungkinan akan mencair sepenuhnya menjelang tahun 2040, lapor agensi berita Itali ANSA,

Glasier ini kehilangan antara tujuh hingga 10 sentimeter kedalaman setiap hari dan dalam tempoh lima tahun yang lalu, kira-kira 70 hektar permukaan bersamaan dengan 98 padang bola sepak telah lenyap, menurut penganjur kempen yang dilancarkan oleh kumpulan alam sekitar Legambiente.

Kempen ini juga disertai oleh Suruhanjaya Antarabangsa untuk Perlindungan Alps, Cipra, dengan kerjasama saintifik dari Jawatankuasa Glasier Itali, untuk memantau glasier dan meningkatkan kesedaran tentang kesan perubahan iklim.

Sejak pengukuran saintifik dimulakan pada tahun 1888, glasier Marmolada telah mengecil sejauh 1,200 meter menurut kempen ‘Karavan Glasier’ yang dilancarkan oleh ketiga-tiga organisasi tersebut.

Kesan perubahan iklim terhadap glasier ini menjadi kebimbangan utama, dan usaha sedang dijalankan untuk memantau serta mengatasi isu-isu yang berkaitan dengan pencairan glasier yang pantas ini.

BERNAMA-ANSA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini