Tumpuan :
Dunia

Google Maps tukar nama Teluk Mexico kepada Teluk Amerika

Presiden AS yang baru mengangkat sumpah, Donald Trump menandatangani perintah eksekutif untuk menukar nama Teluk Mexico kepada Teluk Amerika. – FOTO: Reuters

WASHINGTON: Google Maps akan menukar nama “Teluk Mexico” kepada “Teluk Amerika” sebaik sahaja ia dikemas kini secara rasmi dalam Sistem Nama Geografi Amerika Syarikat (AS), katanya dalam catatan X semalam.

Perubahan akan dapat dilihat di AS tetapi ia akan kekal sebagai “Teluk Mexico” di Mexico. Di luar kedua-dua negara, pengguna akan melihat kedua-dua nama.

Jabatan Dalam Negeri pentadbiran Trump berkata pada Jumaat, ia secara rasmi menukar nama Teluk Mexico kepada Teluk Amerika dan puncak Alaska Denali kepada Gunung McKinley.

Google Maps, yang dimiliki oleh Google Alphabet, akan membuat perubahan serupa dengan Gunung McKinley.

Presiden AS, Donald Trump mengarahkan pertukaran nama itu sebagai sebahagian daripada tindakan eksekutif beberapa jam selepas memegang jawatan Isnin lalu, menepati janji kempen.

“Seperti yang diarahkan oleh Presiden, Teluk Mexico kini secara rasmi akan dikenali sebagai Teluk Amerika dan puncak tertinggi Amerika Utara sekali lagi akan membawa nama Gunung McKinley,” kata Jabatan Dalam Negeri dalam satu kenyataan minggu lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini