comscore
Tumpuan :
Dunia

Greece ambil langkah kawalan penularan wabak ‘sheep dan goat pox’

Seorang pengembala kambing biri-biri melihat proses penyusuan haiwan ternakannya di sebuah bangsal di perkampungan Stafania di Greece. Gambar fail – Reuters

ATHENS: Greece akan melaksanakan siri langkah mengawal penularan wabak “sheep dan goat pox” selepas penyakit itu menular di beberapa kawasan di negara itu, menurut pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Pembangunan Pertanian dan Makanan Greece pada Selasa.

Sejumlah 17,500 haiwan ditakai selepas pengesahan kes di 104 ladang di seluruh negara, lapor Xinhua memetik siaran media oleh kementerian itu.

Sebagai langkah pencegahan, larangan memindahkan kambing dan biri-biri dikuatkuasakan selama 10 hari sementara para pakar cuba mengesan punca penyakit berjangkit, menurut kementerian.

Rumah penyembelihan akan ditutup selama 10 hari, dan pakar akan menjalankan ujian di zon pemantauan sekitar ladang yang dikenalpasti.

Kementerian turut menyokong penternak haiwan yang terjejas dengan memberi bantuan kewangan antara 150 hingga 500 euro (kira-kira US$162.5 hingga US$540.16) untuk setiap haiwan yang ditakai. – BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini