comscore
Tumpuan :
Dunia

Gunung Berapi Semeru di Jawa Timur meletus

FOTO: ANTARANEWS/PVMBG

Gunung Berapi Semeru di Jawa Timur, Indonesia meletus dengan mengeluarkan abu setinggi 600 meter.

Media AntaraNews yang memetik Petugas Pos Pemantauan Gunugn Semeru melaporkan, letusan dikesan jam 5.59 pagi tadi.

Susulan itu, Pusat Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana PVMBG menyarankan masyarakat agar tidak melakukan sebarang aktiviti dalam lingkungan 5 kilometer dari puncak gunung.

Penduduk juga tidak dibenarkan melakukan aktiviti dalam lignkungan 500 meter dari tepi sungai kerana bimbang berlaku aliran awan panas. – ANTARANEWS / PVMBG

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini