comscore
Tumpuan :
Dunia

Gunung Berapi Semeru meletus

SUMBER PVMBG

INDONESIA: Gunung Berapi Semeru di Jawa Timur kembali meletus dengan diiringi debu dan asap tebal setinggi 600 meter ke udara.

Menurut kakitangan Pos Pemantauan Gunung Semeru, sebanyak 15 letusan dikesan bermula tengah malam hingga pagi tadi.

Ada di antara gegaran dikesan sehingga melebihi 2 minit namun status Gunung Semeru bagaimanapun masih dikekalkan pada tahap tiga.

Sementara itu, Badan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia menyarankan agar penduduk tidak melakukan sebarang aktiviti sejauh 13 kilometer dari tenggara puncak gunung.

Penduduk juga diminta agar sentiasa waspada dengan kemungkinan berlakunya awan panas dan aliran lahar dari puncak Gunung . – antaranews

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini