comscore
Tumpuan :
Dunia

Gunung Ibu muntahkan debu dan asap tebal setinggi 6,000 meter

FOTO: Reuters

INDONESIA: Ribuan penduduk dipindahkan susulan letusan Gunung Berapi Ibu di utara Maluku.

Letusan diiringi debu dan asap tebal setinggi 6,000 meter ke udara.

Lapor media tempatan, debu meliputi kawasan penempatan penduduk dan pos pematauan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi tempatan.

Malah terdapat percikan lahar pada jarak satu kilometer dari kawah gunung.

Letusan kembali tercetus selepas enam hari lalu dan direkodkan dalam tempoh hampir empat minit.

Susulan itu, pihak berkuasa tempatan menyarankan lokasi di sekitar 7 kilometer radius dikosongkan.

Amaran turut diberikan kepada pihak pengendali aliran trafik sebagai langkah berjaga-jaga.

Status waspada Ibu bagaimanapun masih dikekalkan pada tahap empat sejak 16 Mei lalu. – ANTARANEWS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini