comscore
Tumpuan :
Dunia

Gunung Merapi muntahkan lahar sepanjang 1,500 meter

FOTO: AFP

Gunung Berapi Merapi di Jawa Tengah, Indonesia memuntahkan lahar dengan aliran sehingga 1,500 meter pagi tadi.

Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Bencana (BPPTKG) mendedahkan, aliran lahar dikesan sebanyak 17 kali meluncur ke arah barat daya.

Pemantauan juga mendapati terdapat puluhan gegaran di sekitar Merapi dengan gempa tektonik berlaku sehingga 19 saat.

Tambah BPPTKG lagi, Merapi juga berisiko mengeluarkan lebih banyak aliran lava serta awan panas.

Susulan itu, masyarakat diminta sentiasa mengambil langkah berwaspada aliran lahar terutama pada waktu hujan.

Status tahap III bagaimanapun masih dikekalkan kepada penduduk yang tinggal berdekatan sejak November 2020. – ANTARANEWS

Loading...
Terkini