comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Hamas bukan pengganas, tapi kumpulan pejuang pertahankan bumi & hak mereka – Erdogan

 

ISTANBUL: Pejuang Hamas bukan pertubuhan pengganas, sebaliknya ia kumpulan pembebasan yang berjuang untuk melindungi tanah dan haknya.

Demikian tegas Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan sekaligus mengesahkan tidak meneruskan rancangan untuk melawat Israel kerana rejim Zionis itu telah mengambil kesempatan daripada niat baik Turkiye.

Ujar Erdogan, Hamas bukan pertubuhan pengganas tetapi kumpulan pembebasan, kumpulan Mujahidin yang berjuang untuk melindungi bumi dan rakyatnya.

FOTO: Reuters.

Tambahnya, Turkiye mempunyai niat yang baik untuk membantu, namun Israel mengambil kesempatan daripada kebaikan itu.

Erdogan menambah Israel mungkin sebuah organisasi kerana Barat berhutang banyak dengan negara itu, tetapi Turkiye tidak berhutang apa-apa dengan Israel.

Dalam pada itu, beliau juga meluahkan rasa sedih dan kesal dengan sikap Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) yang menutup mata terhadap pembunuhan kejam kanak-kanak dalam konflik Israel-Palestin.

Turkiye turut menyifatkan tindakan negara-negara yang menyatakan sokongan kepada Israel, seolah-olah “mencurah minyak ke api”.

Justeru, Erdogan berkata Turkiye bersedia menjadi salah satu penjamin kepada pihak Palestin dengan sokongan kemanusiaan, politik serta ketenteraan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini