comscore
Tumpuan :
Dunia

Hamas cadang gencatan senjata baharu selama 6 minggu di Gaza

Penduduk Palestin berjalan melintasi deretan rumah yang musnah diserang Israel di kem pelarian Jabalia, di utara Semenanjung Gaza yang kini musnah sama sekali. – FOTO: Reuters

SEMENANJUNG GAZA: Hamas mencadangkan gencatan senjata baharu selama enam minggu di Gaza dan pertukaran beberapa dozen tebusan Israel untuk tahanan Palestin, seorang pegawai dari kumpulan pejuang itu memberitahu AFP pada Jumaat.

“Perjanjian itu adalah untuk gencatan senjata selama enam minggu dan pertukaran banduan,” kata pegawai itu selepas berminggu-minggu usaha pengantaraan yang tidak membuahkan hasil, sambil menambah bahawa kumpulan itu mahu ia membawa kepada ‘pengunduran sepenuhnya (Israel) dari Semenanjung Gaza dan gencatan senjata kekal’.

Terdahulu, Hamas membentangkan cadangan gencatan senjata Gaza kepada pengantara dengan pada peringkat pertama merangkumi pembebasan wanita Israel, kanak-kanak, warga emas dan tebusan sakit sebagai pertukaran untuk pembebasan 700 hingga 1,000 tahanan Palestin.

Pembebasan itu termasuk 100 banduan Palestin yang menjalani hukuman penjara seumur hidup di penjara Israel dan pembebasan rekrut wanita Israel.

Tarikh akhir untuk pengunduran Israel dari Gaza akan dipersetujui selepas peringkat pertama, kata Hamas dalam cadangannya. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini