Tumpuan :
Dunia

Hamas dijangka bebaskan lapan tawanan hari ini

FOTO: Reuters

TEL AVIV: Lima warganegara Thailand dan tiga penduduk Israel yang ditawan oleh kumpulan Hamas di Gaza akan dibebaskan hari ini di bawah Perjanjian Gencatan Senjata antara Israel dan Hamas.

Pejabat Pemimpin rejim Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan bahawa Arbel Yehud, Agam Berger dan Gadi Moses akan dibebaskan pada hari Khamis bersama-sama dengan lima warganegara Thailand, yang namanya tidak dikeluarkan.

Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang berkuat kuasa pada 19 Januari bergantung kepada pertukaran penduduk Israel yang ditawan oleh Kumpulan Hamas di Gaza dengan tahanan Palestin yang dipenjarakan di Israel.

Setakat ini, Hamas telah membebaskan tujuh orang tawanan dengan 290 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini