comscore
Tumpuan :
Dunia

Hamas, Kumpulan Jihad Islam Palestin beri maklum balas cadangan gencatan senjata yang disokong PBB 

Foto: Reuters

GAZA: Hamas dan Kumpulan Jihad Islam Palestin memberi maklum balas berhubung cadangan gencatan senjata yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa, PBB kepada pengantara di Qatar dan Mesir.

Maklum balas itu turut membabitkan beberapa cadangan penambahbaikan termasuk butiran jangka masa gencatan senjata itu.

White House dalam pada itu mengesahkan penerimaan maklum balas Hamas dan sedang menilai cadangan yang dikemukakan.

Menurut Setiausaha Amerika Syarikat, Anthony Blinken, pemimpin rejim Zionis Benjamin Netanyahu telah memberikan komitmennya berhubung pelaksaan pelan itu.

Namun Netanyahu pada masa sama masih berdegil untuk memusnahkan Hamas sebelum perang di Gaza tamat – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini