comscore
Tumpuan :
Dunia

Hampir 180 penduduk Palestin maut dalam serangan tentera rejim dalam tempoh 24 jam

Foto: Reuters

GAZA: Hampir 180 Penduduk Palestin terbunuh dalam serangan tentera rejim Zionis dalam tempoh 24 jam lalu.

Angka korban setakat ini meningkatkan kepada lebih 25,100 orang dengan hampir 63,000 lagi cedera.

Sasaran terbaharu termasuk Rafah, Khan Younis dan Kem Pelarian al-Bureij.

Juga terdapat laporan kebakaran di Kem Pelarian Jabalia akibat daripada serangan tentera rejim yang mengorbankan empat nyawa dan mencederakan 21 yang lain.

Turut jadi sasaran Universiti Israa di Gaza City yang menjadi simbol Pengajian Tinggi di Gaza.

Ketegangan di Tebing Barat juga semakin menjadi jadi dengan kematian remaja dwi kewarganegaraan Palestin – Amerika Syarikat.

Lokasi serbuan tentera rejim termasuk Qalqilya, al-Khalil dan selatan Jenin.

Loading...
Terkini