comscore
Tumpuan :
Dunia

Harga minyak melonjak susulan dasar OPEC, sekutu.

Foto hiasan

ANKARA: Harga minyak meningkat pada Isnin susulan kebimbangan mengenai bekalan bahan api itu selepas Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, (OPEC+) bersetuju mengekalkan dasar pengurangan pengeluaran dalam menghadapi sekatan Kesatuan Eropah (EU).

Kenaikan harga itu juga susulan pelaksanaan penetapan had harga ke atas eksport minyak Rusia serta sekatan COVID-19 di China.

Penanda aras antarabangsa bagi minyak mentah Brent diniagakan pada AS$86.02 setong pada 09.55 pagi waktu tempatan, naik 0.52 peratus berbanding AS$85.57 setong pada sesi dagangan sebelumnya.

Sementara itu, penanda aras Amerika West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada AS$80.50 setong, kenaikan 0.65 peratus selepas sesi sebelum ditutup pada AS$79.98 setong.

OPEC+ Ahad lalu bersetuju mematuhi sasaran mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak dua juta tong sehari (bpd) sehingga akhir tahun hadapan.

Mesyuarat secara maya itu berlangsung sehari sebelum larangan EU terhadap eksport minyak mentah Rusia dan dihadkan pada AS$60 setong yang akan berkuat kuasa pada Isnin.

Loading...
Terkini