comscore
Tumpuan :
Dunia

Helikopter tentera terhempas di Jawa Barat, 5 anak kapal terselamat

FOTO: Sumber KompasTV

BANDUNG: Lima anak kapal termasuk juruterbang nyaris maut selepas sebuah helikopter milik tentera terhempas di Bandung, Jawa Barat, Indonesia.

Menurut media tempatan, ketika kejadian, helikopter Bell 412 terhempas di sebuah perkampungan di Rancabali sewaktu sedang mengadakan latihan sokongan batalion infantri tentera.

Orang ramai yang terdiri daripada penduduk tempatan bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa yang kemudiannya dibawa ke hospital tempatan di Cimahi.

Sehubungan itu, pihak tentera akan mengadakan siasatan menyeluruh dalam tempoh terdekat bagi mengenal pasti punca sebenar nahas.

Loading...
Terkini