comscore
Tumpuan :
Dunia

Henti persaingan bangunkan senjata nuklear – PBB

FOTO: Reuters

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB), Antonio Guterres, mengingatkan negara yang mempunyai kuasa nuclear agar menghentikan persaingan membangunkan aset itu sehingga mampu membawa pelbagai kemusnahan.

Beliau memberi amaran, dunia kini berdepan risiko tertinggi berlaku perang nuklear.

Pada sesi Majlis Keselamatan PBB, (UNSC) yang diusulkan Jepun, Guterres merujuk filem ‘Oppenheimer’ sebagai contoh.

Ujarnya, biografi konflik moral pencipta bom atom mendedahkan kesan nuklear yang membawa pelbagai kemusnahan kepada dunia.

FOTO: Reuters

Isu terbaharu, Presiden Rusia, Vladimir Putin, membuat ancaman tersirat akan menggunakan senjata nuklear jika barat campur tangan berkenaan konfliknya dengan Ukraine.

Korea Utara juga sering menggunakan ‘aset’ itu bagi mengancam dunia, terutama seterunya, manakala Iran masih memperkaya Uranium lebih daripada tahap diperlukan.

Israel pula, satu-satunya negara yang memiliki kuasa nuklear di Asia Barat, meskipun tidak mengakuinya dan dikhuatiri akan menggunakan aset itu atas alasan perang berdepan Hamas.

Rentetan itu, tegas Guterres persaingan senjata nuklear atau menggertak negara lain perlu dihentikan.

Beliau turut menggesa Amerika Syarikat dan Rusia kembali ke meja rundingan, bagi menggantikan perjanjian pengurangan senjata nuklear ‘START’ baharu yang tamat pada awal 2026.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini