comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Heret Israel ke ICJ: Dunia terhutang budi dengan Afrika Selatan

RAMALLAH : Dunia terhutang budi dengan Afrika Selatan kerana mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarangsasa ICJ bersabit pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Kementerian Luar Palestin secara terbuka melahirkan penghargaan kepada Afrika Selatan.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas sesi pembentangan awam yang berlangsung selama dua hari di ICJ selesai.

Afrika Selatan mengambil langkah berani memikul tanggungjawab dan komitmennya sebagai negara yang berpihak kepada konvensyen pencegahan dan hukuman jenayah genosid.

Afrika Selatan memfailkan kes berkenaan Disember lalu, menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza.

ICJ dituntut mengeluarkan langkah sementara untuk melindungi rakyat Palestin, termasuk menyeru Israel agar segera menghentikan serangan.

Hampir 24 ribu rakyat Palestin terkorban sejak pencerobohan Israel di Gaza 7 Oktober tahun lalu.

Loading...
Terkini