comscore
Tumpuan :
Dunia

Hina Institusi Diraja: Thaksin akan didakwa di mahkamah 18 Jun ini

Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra akan didakwa di mahkamah selepas dituduh menghina raja.

Peguam Negara Thailand memaklumkan Thaksin, 74 tahun perlu hadir ke mahkamah pada 18 Jun depan.

Aduan itu dikemukakan oleh tentera diraja yang menggulingkan kerajaan kakak Thaksin, Yingluck Shinawatra susulan temu bual yang diberikan oleh taikun berpengaruh itu kepada media asing pada 2015.

Tuduhan lain terhadap Thaksin termasuk pelanggaran undang-undang jenayah komputer.

Thailand mempunyai undang-undang penghinaan raja antara paling ketat dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun bagi setiap kesalahan.

Thaksin sebelum ini dibebaskan dengan parol selepas menjalani hukuman penjara selama enam bulan di sebuah hospital sekembali ke Thailand pada 22 Ogos lalu selepas 15 tahun hidup dalam buangan susulan disabitkan kesalahan rasuah dan salah guna kuasa. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini