BEIRUT: Pejuang Hizbullah di Lubnan melancarkan kira-kira 115 roket ke Israel.
Beberapa roket dilapor menjangkau kawasan berhampiran Haifa di utara Israel.
Lapangan terbang tentera di lembah Jezreel turut menjadi sasaran, menyebabkan siren berbunyi di Bukit Golan dan Galilee.
Roket mendarat di Kyriat Bialik, mengakibatkan kerosakan bangunan dan kenderaan.
Empat orang cedera akibat serpihan, termasuk seorang lelaki warga emas.
Pengganas Israel berkata sistem pertahanan mereka berjaga-jaga dan serangan balas dilancarkan ke selatan Lubnan.
Sementara itu, Hizbullah dengan lantang mengaku bertanggungjawab dan menyatakan serangan itu adalah tindak balas awal terhadap serangan rejim yang mengorbankan banyak nyawa.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.