comscore
Tumpuan :
Dunia

Hong Kong sesak dengan pelawat pada Hari Pekerja

HONG KONG: Hong Kong menjangkakan kemasukan luar biasa pelawat dari tanah besar China sempena cuti Hari Pekerja yang ditetapkan lima hari.

Ia cuti hari pekerja pertama sejak sekatan utama pandemik Covid-19 ditarik balik dan sempadan dengan tanah besar kembali dibuka.

Kebanyakan tempat membeli belah sesak dan pelawat mengadu banyak kedai kehabisan stok jualan.

Rata-rata pengunjung pula tidak bermalam susulan harga hotel di Hong Kong yang mahal.

Sebelum pandemik, pengunjung tanah besar adalah majoriti pelancong di bandar, dengan ramai yang mengunjungi daerah beli-belah dan jenama mewah.

Barisan panjang di luar kedai barangan mewah dilihat kembali seperti dulu.

Majlis Industri Pelancongan Hong Kong menganggarkan kira-kira 600 ribu pelawat tanah besar akan datang ke destinasi itu sepanjang cuti hari pekerja ini.

Loading...
Terkini