comscore
Tumpuan :
Dunia

Hospital Al Shifa di tahap kritikal

Foto fail Reuters

GAZA: Pengarah Doctors Without Border, Aurelie Godard memaklumkan keadaan di Hospital Al Shifa kini berada di tahap kritikal.

Objektif utama lawatan yang dianjurkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu itu adalah untuk menghantar 19,000 liter minyak ke Al Shifa bagi menghidupkan penjana kuasa di fasiliti kesihatan berkenaan.

Menurut Godard, rombongan mereka terdiri daripada dua kereta dan trak minyak dikerumuni penduduk golongan muda Palestin menagih makanan dan bekalan air bersih.

Kesemua mereka kelihatan kecewa apabila barangan komoditi yang dibawa masuk hanyalah minyak semata-mata.

Tambah Godard lagi, mereka turut berdepan kesukaran untuk melintasi lautan manusia yang berdepan krisis kebuluran.

Beliau menambah, meskipun Al Shifa masih lagi beroperasi namun fasiliti itu mengalami kemusnahan yang teruk dan hampir tidak berfungsi.

Meskipun bilik kecemasan boleh beroperasi, namun ianya sudah dipenuhi dengan pesakit.

Pada masa sama, hospital itu turut dipenuhi dengan penduduk Gaza yang mencari perlindungan dari serangan rejim zionis.

Baru-baru ini seorang pesakit di situ dilaporkan meninggal dunia ekoran tidak dapat melakukan pemindahan darah tatkala mereka langsung tidak mempunya bekalan darah.

 

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini